Bahan-bahan:

  • 15 biji cili api
  • 4 biji bawang merah
  • 2 labu bawang putih
  • 1 sudu besar cecair pencuci pinggan
  • 500mL air

Cara Membuat:

  1. Masukkan semua cili api tanpa dibuang biji dan semua bawang termasuk kulit ke dalam pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar.
  2. Tapis bahan yang dikisar tersebut dan campurkan dengan 500mL air beserta 1 sudu besar cecair pencuci pinggan.
  3. Masukkan cecair tersebut di dalam penyembur dan boleh disembur di  bawah daun tanaman pada awal pagi atau lewat petang.

 

Video Panduan