Bahan-bahan:
- Botol mineral
- Span penapis akuarium
- Sabut / cocopeat
- Pisau
- Gunting
- Paku
Cara Membuat:
- Gunakan pisau untuk buat torehan pada botol.
- Gunting botol melalui torehan yang telah dibuat.
- Tebuk lubang dengan menggunakan paku pada bahagian tepi mulut botol.
- Masukkan span penapis akuarium pada mulut botol.
- Penuhkan cocopeat pada bahagian atas botol.
- Masukkan air pada bahagian bawah botol dan siram cocopeat.
- Hidroponik botol sedia untuk digunakan.
Cuba jangan tak cuba!
*Tips:
Tutup bahagian bawah botol daripada terkena cahaya matahari untuk mengelakkan terjadinya lumut pada bahagian bawah botol.
Boleh cat bahagian bawah botol atau gunakan plastik sampah hitam dan balut bahagian bawah botol untuk halang cahaya matahari.