Bahan-bahan:

Set nutripot / HyGrowPot™ Mini Joe Jalil mengandungi:

  • Pasu nutripot x 10 unit
  • Sabut / cocopeat
  • Baja x 1 set
  • Penyukat baja x 1 unit
  • Pokok kesum (bahagian pucuk)

Cara Membuat:

Persediaan Pasu Nutripot

  1. Penuhkan pasu atas nutripot dengan sabut.
  2. Alirkan air paip untuk basahkan sabut.
  3. Pasu nutripot sedia untuk digunakan.

Penanaman Batang Kesum

  1. Beli pokok kesum yang segar.
  2. Potong pucuk kesum lebih kurang 5 inci dari pucuk.
  3. Bahagian bawah batang, gunting di bawah ruas (akar akan keluar pada ruas).
  4. Gunting semua daun kesum.
  5. Cucuk batang kesum ke dalam sabut.
  6. Masukkan air baja pada bahagian bawah pasu.

Tempat letak pasu nutripot

Letak pasu nutripot pada tempat yang tidak terkena hujan tetapi dapat kena cahaya matahari terus sekurang-kurangnya 5 jam sehari.

*Tidak kena hujan kerana air hujan akan masuk ke dalam takung yang telah diisi baja menyebabkan kepekatan baja berkurangan.
*Pokok perlukan cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis dan membesar.

 

 

Tips:
Pokok kesum hendaklah sentiasa digunting, dipotong pucuk atau dipangkas untuk memanjangkan jangka hayat pokok.

 

Klik di bawah untuk menempah pasu nutripot.

Borang Tempahan Pasu Nutripot

 

Video Panduan