Bahan-bahan:

  • botol sabun
  • span akuarium
  • cawan plastik
  • marker
  • gunting
  • pisau
  • paku

Cara Membuat:

  1. Gunakan marker untuk melukis bulatan bahagian bawah cawan plastik.
  2. Toreh di dalam bulatan dengan menggunakan pisau.
  3. Gunting sedikit besar mengikut bulatan yang telah dilukis.
  4. Potong span akuarium bersaiz 2 inci lebar dan 6 inci panjang sebanyak 4 keping.
  5. Tebuk segitiga bahagian bawah cawan plastik dengan menggunakan pisau.
  6. Tebuk bahagian tepi cawan plastik dengan menggunakan paku sebanyak 4 lubang.
  7. Gunting cawan plastik lebih kurang 2 inci tinggi.
  8. Rendam span akuarium ke dalam air paip.
  9. Gulung span akuarium bersama anak pokok dan masukkan ke dalam cawan plastik.
  10. Letak air baja ke dalam botol.
  11. Hidroponik botol sabun sedia untuk digunakan.

 

Video Panduan