Bahan-bahan:
- Bekas
- Tisu
- Biji benih
- Sprayer
Cara Membuat:
- Letakkan tisu ke dalam bekas.
- Sembur sedikit air pada tisu untuk melembapkan tisu.
- Susun biji benih di atas tisu.
- Sembur sedikit air ke atas biji benih.
- Letakkan bekas yang berisi biji benih tadi di tepi tingkap.
- Tisu perlu disembur dengan air paip setiap hari untuk lembapkan tisu. Jangan sembur berlebihan. Air berlebihan akan rosakkan pokok.
- Anak pokok sedia untuk dipindahkan ke dalam cawan hidroponik seawal hari ke empat.
- Cabut anak pokok dengan berhati-hati.
- Tisu kadang kala akan koyak dan melekat pada akar. Tiada masalah. Tanam akar pokok bersama tisu.
Pindah Anak Pokok Pada Sabut
- Basahkan sabut.
- Buat lubang pada sabut dengan menggunakan jari.
- Tanam anak pokok di dalam lubang.
- Sembur air paip selepas menanam.
- Pastikan sabut sentiasa lembap.
Pindah Anak Pokok Pada Span
- Potong span mengikut saiz cawan hidroponik (biasanya 2 inci x 6 inci).
- Basahkan span.
- Letakkan akar anak pokok di atas span.
- Gulung span.
- Boleh letak sehingga 3 anak pokok sayur pada span.
- Masukkan span yang telah digulung bersama anak pokok ke dalam cawan hidoponik.
- Letakkan cawan hidroponik tadi ke dalam air paip. Ketinggian air paip adalah separuh daripada cawan hidroponik.
- Apabila ada akar keluar daripada cawan hidroponik (lebih kurang seminggu), cawan tadi boleh dipindahkan ke dalam bekas hidroponik yang telah disediakan.
Video