Bahan-bahan:

  • bekas aiskrim
  • span akuarium
  • cawan plastik
  • marker
  • gunting
  • pisau
  • pen

Cara Membuat:

  1. Gunakan marker untuk melukis bulatan bahagian bawah cawan plastik pada penutup bekas aiskrim.
  2. Toreh di dalam bulatan dengan menggunakan pisau.
  3. Gunting mengikut bulatan yang telah dilukis.
  4. Tebuk bahagian bawah cawan plastik dengan menggunakan pisau.
  5. Tebuk bahagian tepi cawan plastik dengan menggunakan pisau.
  6. Potong span akuarium bersaiz 2 inci lebar dan 6 inci panjang sebanyak 4 keping.
  7. Gunting cawan plastik lebih kurang 2 inci tinggi.
  8. Gulung span akuarium dan masukkan ke dalam cawan plastik.
  9. Hidroponik bekas aiskrim sedia untuk digunakan.