Bahan-bahan:
Set hidroponik takung mengandungi:
- Takung hidroponik x 1 unit
- Penutup plastik takung hidroponik x 1 unit
- Cawan hidroponik x 8 unit
- Span x 1 paket
- Baja x 1 set
- Penyukat baja x 1 unit
- Biji benih x 2 paket
- Manual x 1 unit
Cara Membuat:
Semaian cawan hidroponik
- Gunting span bersaiz kelebaran 1 inci
- Ambil 5 unit span yang telah digunting tadi, dan masukkan ke dalam cawan hidroponik.
- Rendam cawan beserta span dalam air untuk basahkan span.
- Letak 5 biji benih di atas span basah.
- Ulangi sehingga siap 8 cawan hidroponik
- Gunakan apa-apa bekas yang boleh menakung air dan letakkan cawan hidroponik ke dalam bekas.
- Masukkan air paip setinggi separuh cawan hidroponik ke dalam bekas.
- Letak bekas bersama cawan hidroponik yang telah diisi biji benih di tempat berbumbung yang tidak terkena hujan dan tidak terkena matahari terik.
- Cawan hidroponik sedia untuk dipindahkan ke dalam takung hidroponik apabila pokok telah mengeluarkan 3 helai daun (Lebih kurang 1 minggu).
Penyediaan baja
- Masukkan air paip ke dalam takung sehingga paras yang telah ditetapkan pada bahagian paling atas takung.
- Masukkan 1 1/4 penyukat baja X dan 1 1/4 penyukat baja Y.
- Kacau sehingga larut.
Tempat letak hidroponik takung
Letak takung pada tempat yang tidak terkena hujan tetapi dapat kena cahaya matahari terus sekurang-kurangnya 5 jam sehari.
*Tidak kena hujan kerana air hujan akan masuk ke dalam takung yang telah diisi baja menyebabkan kepekatan baja berkurangan.
*Pokok perlukan cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis dan membesar.
Klik di bawah untuk menempah hidroponik takung.
Borang Tempahan Hidroponik Takung