Span akuarium boleh digunakan untuk tanam secara hidroponik.
Harga juga murah.
Video
Untuk menonton video semai biji benih dengan tisu, klik link di bawah:
https://ashrafshuib.com/portfolio/semai-biji-benih-dengan-tisu/
Bahan-bahan:
- Cawan hidroponik
- Span
- Anak pokok
- Air
Cara Membuat:
- Potong span mengikut saiz cawan hidroponik (biasanya 2 inci x 6 inci).
- Basahkan span.
- Letakkan akar anak pokok di atas span.
- Gulung span.
- Boleh letak sehingga 3 anak pokok sayur pada span.
- Masukkan span yang telah digulung bersama anak pokok ke dalam cawan hidoponik.
- Letakkan cawan hidroponik tadi ke dalam air paip. Ketinggian air paip adalah separuh daripada cawan hidroponik.
- Apabila ada akar keluar daripada cawan hidroponik (lebih kurang seminggu), cawan tadi boleh dipindahkan ke dalam bekas hidroponik yang telah disediakan.