Bahan-bahan:

  • bekas aiskrim
  • span akuarium
  • cawan polisterin
  • penutup botol air mineral
  • marker
  • gunting
  • pisau
  • pen

Cara Membuat:

  1. Gunakan marker untuk melukis bulatan bahagian bawah cawan polisterin.
  2. Toreh di dalam bulatan dengan menggunakan pisau.
  3. Gunting mengikut bulatan yang telah dilukis.
  4. Potong span akuarium bersaiz 2 inci lebar dan 6 inci panjang sebanyak 4 keping.
  5. Gunting cawan polisterin lebih kurang 2 inci tinggi.
  6. Tebuk bahagian bawah cawan polisterin dengan menggunakan penutup botol air mineral.
  7. Tebuk bahagian tepi cawan polisterin dengan menggunakan pen sebanyak 4 lubang.
  8. Gulung span akuarium dan masukkan ke dalam cawan polisterin.
  9. Hidroponik bekas aiskrim sedia untuk digunakan.