Bahan-bahan:

  • Pokok jambu yang ingin ditut
  • Sabut/ tanah
  • Plastik jernih
  • Tali
  • Penggalak akar
  • Pisau

Cara Membuat:

  1. Untuk buat bunjut, masukkan sabut/ tanah ke dalam plastik.
  2. Ikat bunjut plastik dengan tali.
  3. Pilih cabang pokok jambu sebesar pensel. Kemudian buat kelaran di bawah ruas daun sepanjang 2cm hingga 3cm.
  4. Buang kulit dan kikis.
  5. Sapu penggalak akar pada kulit bahagian atas kelaran.
  6. Potong bahagian tengah bunjut, tekan sabut atau tanah ke kiri dan kanan bunjut.
  7. Letakkan bunjut di tengah kelaran. Pastikan sabut/tanah, lekat pada bahagian yang telah dikelar.
  8. Ikat tali bunjut dengan kuat

Tips:
Tak perlu basahkan tanah. Lama-kelamaan, bahagian dalam plastik akan meruap dan sabut/ tanah akan basah dengan sendiri.
Jika tut berjaya, akar akan keluar dalam masa 1 bulan hingga 3 bulan.