Bahan-bahan:

  • BotolĀ air 500ml
  • Kacang hijau
  • Paku

Cara Membuat:

  1. Masukkan kacang hijauĀ ke dalam botol air 500ml sebanyak 1/4 botol (taugeh akan penuh dalam botol pada hari ke empat).
  2. Tuang kacang hijau ke dalam bekas, masukkan air.
  3. Rendam kacang hijau selama 12 jam.
  4. Tebuk sekeliling botol air dengan paku.
  5. Selepas 12 jam, masukkan kacang hijau yang telah direndam ke dalam botol yang telah ditebuk.
  6. Letak botol bersama kacang hijau dalam tempat gelap.
  7. Dua kali sehari (waktu pagi dan malam), rendam botol ke dalam air paip dan angkat botol untuk keluarkan air. Air akan masuk ke dalam lubang yang telah ditebuk di sekeliling botol. Tujuannya untuk basahkan kacang hijau tadi.
  8. Selepas rendam dan buang air dari dalam botol, letak semula ke dalam tempat gelap.
  9. Ulang langkah tersebut sehingga hari ke tiga.
  10. Hari yang ke empat, taugeh sedia untuk digunakan.

 

Video Panduan