Bahan-bahan:

  • Bekas
  • Tisu
  • Biji benih
  • Sprayer

Cara Membuat:

  1. Letakkan tisu ke dalam bekas.
  2. Sembur sedikit air pada tisu untuk melembapkan tisu.
  3. Susun biji benih di atas tisu.
  4. Sembur sedikit air ke atas biji benih.
  5. Letakkan bekas yang berisi biji benih tadi di tepi tingkap.
  6. Tisu perlu disembur dengan air paip setiap hari untuk lembapkan tisu. Jangan sembur berlebihan. Air berlebihan akan rosakkan pokok.
  7. Anak pokok sedia untuk dipindahkan ke dalam cawan hidroponik seawal hari ke empat.
  8. Cabut anak pokok dengan berhati-hati.
  9. Tisu kadang kala akan koyak dan melekat pada akar. Tiada masalah. Tanam akar pokok bersama tisu.

Pindah Anak Pokok Pada Sabut

  1. Basahkan sabut.
  2. Buat lubang pada sabut dengan menggunakan jari.
  3. Tanam anak pokok di dalam lubang.
  4. Sembur air paip selepas menanam.
  5. Pastikan sabut sentiasa lembap.

Pindah Anak Pokok Pada Span

  1. Potong span mengikut saiz cawan hidroponik (biasanya 2 inci x 6 inci).
  2. Basahkan span.
  3. Letakkan akar anak pokok di atas span.
  4. Gulung span.
  5. Boleh letak sehingga 3 anak pokok sayur pada span.
  6. Masukkan span yang telah digulung bersama anak pokok ke dalam cawan hidoponik.
  7. Letakkan cawan hidroponik tadi ke dalam air paip. Ketinggian air paip adalah separuh daripada cawan hidroponik.
  8. Apabila ada akar keluar daripada cawan hidroponik (lebih kurang seminggu), cawan tadi boleh dipindahkan ke dalam bekas hidroponik yang telah disediakan.

 

Video