Bahan-bahan:

Set hidroponik takung mengandungi:

  • Takung hidroponik x 1 unit
  • Penutup plastik takung hidroponik x 1 unit
  • Cawan hidroponik x 8 unit
  • Span x 1 paket
  • Baja x 1 set
  • Penyukat baja x 1 unit
  • Biji benih x 2 paket
  • Manual x 1 unit

Cara Membuat:

Semaian cawan hidroponik

  1. Gunting span bersaiz kelebaran 1 inci
  2. Ambil 5 unit span yang telah digunting tadi, dan masukkan ke dalam cawan hidroponik.
  3. Rendam cawan beserta span dalam air untuk basahkan span.
  4. Letak 5 biji benih di atas span basah.
  5. Ulangi sehingga siap 8 cawan hidroponik
  6. Gunakan apa-apa bekas yang boleh menakung air dan letakkan cawan hidroponik ke dalam bekas.
  7. Masukkan air paip setinggi separuh cawan hidroponik ke dalam bekas.
  8. Letak bekas bersama cawan hidroponik yang telah diisi biji benih di tempat berbumbung yang tidak terkena hujan dan tidak terkena matahari terik.
  9. Cawan hidroponik sedia untuk dipindahkan ke dalam takung hidroponik apabila pokok telah mengeluarkan 3 helai daun (Lebih kurang 1 minggu).

Penyediaan baja

  1. Masukkan air paip ke dalam takung sehingga paras yang telah ditetapkan pada bahagian paling atas takung.
  2. Masukkan 1 1/4 penyukat baja X dan 1 1/4 penyukat baja Y.
  3. Kacau sehingga larut.

Tempat letak hidroponik takung

Letak takung pada tempat yang tidak terkena hujan tetapi dapat kena cahaya matahari terus sekurang-kurangnya 5 jam sehari.

*Tidak kena hujan kerana air hujan akan masuk ke dalam takung yang telah diisi baja menyebabkan kepekatan baja berkurangan.
*Pokok perlukan cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis dan membesar.

 

Klik di bawah untuk menempah hidroponik takung.

 

Borang Tempahan Hidroponik Takung