Bahan-bahan:

  • Botol¬†sos
  • Span penapis akuarium
  • Sabut / cocopeat
  • Pisau
  • Gunting
  • Paku

Cara Membuat:

  1. Gunakan pisau untuk buat torehan pada botol sos.
  2. Gunting botol sos melalui torehan yang telah dibuat.
  3. Tebuk lubang dengan menggunakan paku pada bahagian tepi mulut botol sos.
  4. Masukkan span penapis akuarium pada mulut botol sos.
  5. Penuhkan cocopeat pada bahagian atas botol sos.
  6. Masukkan air pada bahagian bawah botol sos dan siram cocopeat.
  7. Hidroponik botol sos sedia untuk digunakan.

 

*Tips:
Tutup bahagian bawah botol sos daripada terkena cahaya matahari untuk mengelakkan terjadinya lumut pada bahagian bawah botol.
Boleh cat bahagian bawah botol sos atau gunakan plastik sampah hitam dan balut bahagian bawah botol  untuk halang cahaya matahari.